KOLABORASI STRATEGIK HARTA DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE), POLITEKNIK PORT DICKSON BUKTI SOKONGAN INDUSTRI TERHADAP PEMBANGGUNAN GRADUAN MASA KINI.
Port
Dickson, 20 Mac 2018 – Politeknik Port Dickson (PPD)
telah mengadakan majlis menandatangani Kolaborasi Strategik bersama HARTA Maintenance Sdn Bhd (HARTA). Majlis menandatangani Certificate of Collaboration
(CoC) ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara industri dan pelajar. HARTA
dalam pada itu menyambut baik tawaran inisiatif ini dengan menjadi salah satu
penasihat industri bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Port
Dickson di sini.
YBhg Datuk Hj Radzali Hassan menandatangani CoC bersama Encik Roslee Yahya mewakili Politeknik Port Dickson |
HARTA
diwakili oleh YBhg Datuk Hj Radzali Hassan, Pengarah Urusan Kumpulan HARTA manakala Encik Roslee Yahya mewakili Politeknik Port Dickson. CoC yang
ditandatangani kedua pihak menjadikan proses pemindahan pengetahuan dan
perkongsian teknologi lebih dinamik serta dapat membantu JKE melahirkan graduan
yang lebih berdaya saing, holistik dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan
kepakaran pengunaan tenaga yang lebih cekap.
Datuk
Hj. Radzali berkata, kolaborasi strategik ini merupakan satu peluang yang baik
untuk industri dan juga politeknik dalam berkongsi dan berinteraksi. Ianya juga
menjadi titik permulaan bagi percambahan pengetahuan, kemahiran dan teknologi
dua hala. Perkembangan industri terutama dari segi penggunaan tenaga akan
menjadi lebih aktif dan dapat mencapai usaha kerajaan mengurangkan “carbon
footprint” atau kesan karbon dengan lebih pasti selari dengan wawasan HARTA.
Peranan
HARTA dalam kolaborasi ini antaranya adalah menawarkan penempatan pelajar bagi
Latihan Industri (LI) dan selaku penyemak kurikulum bagi memastikan kecekapan
pelajar selari dengan sistem pengurusan tenaga berdasarkan Energy Management
Scheme (AEMAS). HARTA juga berperanan dalam menawarkan khidmat nasihat dalam
aktiviti kurikulum dan projek-projek akademik JKE terutama dalam pengurusan
tenaga.
“Kami
di HARTA sentiasa mengalu-alukan kolaborasi seperti ini yang turut memberi
impak kepada kami sebagai pemain industri. Kami di HARTA bersedia untuk
bertukar maklumat mengenai perkembangan kemajuan industri dari segi sokongan
teknikal untuk dimanfaatkan di dalam pembentukan kurikulum politeknik, selain
fasiliti, pengurusan dan operasi”, tambahnya lagi.
Manakala
bagi JKE, kolaborasi ini dapat membantu HARTA untuk mendapatkan calon-calon
tenaga kerja dari kalangan pelajar dan bekas pelajar yang terlatih dan
mempunyai persediaan rapi kerana mereka serba sedikit telah terdedah dengan
persekitaran industri serta memenuhi guna tenaga kerja di negara ini.
Program
tersebut turut mendapat kerjasama dari dua lagi organisasi dari industri iaitu
Three OPP (M) Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd dengan tujuan yang sama.
Untuk
maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat HARTA di talian
03-61875208 atau layari laman sesawang di www.harta.com.my.